SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
bersama hentikan wabak
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Inisiatif Arrow Bantuan Kewangan Pembaikan, Penyelenggaraan Dan Kerja-kerja Kecemasan Di Rumah Ibadat Selain Islam

Latar Belakang

  1. Kerajaan Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM50 juta di bawah Belanjawan Tahun 2022 untuk projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  2. Peruntukan bagi fasa pertama sebanyak RM 30 juta telah pun disalurkan kepada Kementerian Perpaduan Negara.

Objektif

Meringankan beban kewangan pihak pengurusan rumah ibadat selain Islam dalam menanggung kos-kos pembaikan, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan di rumah-rumah ibadat selain Islam masing-masing.

Faedah dan Hasil 

Membantu pihak pengurusan rumah ibadat selain Islam dalam memastikan kelancaran operasi di rumah ibadat selain Islam.

Skop Kerja

        Permohonan program bantuan kewangan ini hanya meliputi skop kerja seperti berikut: 

  1. Kerja-kerja Pembaikan melibatkan kerja-kerja sivil. 
  2. Kerja-kerja Penyelenggaraan iaitu penggantian peralatan/perabot rosak yang memerlukan penggantian baharu dan peralatan/perabot siap bina (built-in furniture) yang rosak melibatkan kerja-kerja sivil, elektrik dan mekanikal
  3. Kerja-kerja Kecemasan yang melibatkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan segera akibat daripada bencana alam atau lain-lain sebab yang memerlukan kerja-kerja kecemasan dilaksanakan.

KADAR NILAI KERJA

Kadar nilai kerja-kerja yang akan dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  1. Kerja-kerja sivil tidak melebihi RM100 ribu antaranya seperti:
    • Seperti membaiki struktur bangunan;
    • Membaiki lantai jubin;
    • Membaiki siling bumbung;
    • Membaiki parit;
    • Membaiki pagar;
    • Kerja-kerja mengecat; atau
    • Penggantian peralatan/perabot siap bina (built-in furniture) yang rosak.
  1. Kerja-kerja elektrik tidak melebihi RM50 ribu antaranya seperti:
    • Menyelenggara pendawaian elektrik;
    • Membaiki kotak fius elektrik;
    • Membaiki atau penggantian lampu yang rosak;
    • Membaiki atau penggantian kipas yang rosak;
    • Membaiki atau penggantian sistem penggera keselamatan yang rosak; atau
    • Membaiki atau penggantian kamera CCTV yang rosak.
  1. Kerja-kerja mekanikal tidak melebihi RM50 ribu antaranya seperti:
    • Membaiki atau penggantian penghawa dingin yang rosak;
    • Membaiki atau penggantian sistem pam tangki air yang rosak; atau
    • Membaiki lif;

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Saringan permohonan akan dibuat di peringkat Jawatankuasa Saringan Program Bantuan Kewangan Bagi Pembaikan, Penyelenggaraan dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam
  2. Permohonan yang memenuhi semua syarat kelayakan sahaja yang akan dibentangkan untuk pertimbangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Program Bantuan Kewangan Bagi Pembaikan, Penyelenggaraan dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam. 
  3. Syarat kelayakan adalah seperti berikut 
       3.1 Pihak Pengurusan Rumah Ibadat Selain Islam hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau lain-lain entiti;
       3.2 Pihak Pengurusan Rumah Ibadat Selain Islam hendaklah mempunyai akaun bank atas nama pihak Pengurusan Rumah Ibadat dan mengemukakan maklumat serta salinan  akaun bank.
       3.3 Pemohon hendaklah memajukan salinan dokumen status tanah iaitu:
            A) Geran tanah; atau
            B) Dokumen status pemilikan tanah yang lain seperti berikut:
                 i) Surat kebenaran Tuan Tanah / Pemilik Ladang;
               ii) Salinan Geran Tanah dan Surat Kebenaran Persatuan / Pemegang Amanah yang membenarkan rumah ibadat selain Islam beroperasi atas tanah milik Persatuan / Pemegang Amanah berkenaan; atau
              III) Surat dari Pejabat Tanah yang memaklumkan berkenaan proses pengesahan status tanah sedang dilaksanakan seperti berikut:
    • Proses permohonan geran tanah; atau
    • Proses penukaran hak milik; atau
    • Proses penukaran syarat-syarat

Tatacara Permohonan

  1. Pemohon mestilah melengkapkan Borang Permohonan Program Bantuan Kewangan Bagi Pembaikan, Penyelenggaraan dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara.
  2. Mengemukakan bersama salinan dokumen sokongan berikut:
    .2.1 Salinan Sijil Pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau lain-lain entiti seperti:
         - Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat (SSM);
         - Akta 492 Roman Catholic Bishops (Incorporation) Act 1957; atau
         - Penaung atau Pemegang Amanah.
     2.2 Salinan penyata akaun bank atas nama pihak pengurusan rumah ibadat selain Islam yang membuat permohonan. Permohonan yang dibuat menggunakan akaun bank pihak ketiga tidak akan dipertimbangkan; dan
     2.3 Salinan Geran Tanah atau dokumen pengesahan status pemilikan tanah seperti:
        A) Surat kebenaran Tuan Tanah / Pemilik Ladang;
      B) Salinan Geran Tanah dan Surat Kebenaran Persatuan / Pemegang Amanah yang membenarkan rumah ibadat selain Islam beroperasi atas tanah milik Persatuan / Pemegang Amanah berkenaan; atau
      C) Surat dari Pejabat Tanah yang memaklumkan berkenaan proses pengesahan status tanah sedang dilaksanakan seperti berikut:
            - Proses permohonan geran tanah; atau
            - Proses penukaran hak milik; atau
            - Proses penukaran syarat-syarat
  3. Mengemukakan Kertas Kerja Cadangan Anggaran Kos Pembaikan yang mengandungi maklumat- maklumat seperti berikut:
     3.1 Tujuan dan keterangan pembaikan yang dipohon;
     3.2 Perincian kos permohonan (quatation) seperti di lampiran 1; dan
     3.3 Gambar-gambar kerosakan yang dipohon.
  4. Dokumen-dokumen yang disertakan perlu ditandakan dalam Borang Senarai Semak Dokumen Permohonan sebagai pengesahan penghantaran oleh pemohon dan semakan penerimaan Urusetia.
  5. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi, Kertas Kerja Cadangan Anggaran Kos Pembaikan dan dokumen sokongan berkaitan serta borang Senarai Semak Dokumen Permohonan perlu dikemukakan melalui pos atau emel di alamat seperti berikut:
    Ketua Setiusaha
    Kementerian Perpaduan Negara
    Aras 9, Blok F9, Kompleks F
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62000 PUTRAJAYA
    (u.p: Urus Setia Jawatankuasa Saringan
    Program Bantuan Kewanan Bagi Pembaikan,
    Penyelenggaraan dan Kerja-Kerja Kecemasan
    di Rumah Ibadat Selain Islam
    Alamat emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  6. Hanya permohonan lengkap dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan yang boleh diproses

Prosedur Dan Kawalan

  1. Semua permohonan Program Bantuan Kewangan Bagi Pembaikan, Penyelenggaraan dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam yang diluluskan akan dimuktamadkan melalui perjanjian dan surat setuju terima.

  2. Pihak pengurusan rumah ibadat selain Islam yang telah menerima kelulusan tidak dibenarkan menggunakan bantuan kewangan yang diberikan untuk pelaksanaan projek di luar skop yang diluluskan.

  3. Laporan akhir berserta gambar sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja dijalankan mesti dikemukakan kepada Kementerian Perpaduan Negara dalam tempoh 14 hari setelah tamat projek. Kegagalan mengemukakan laporan dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan seterusnya tidak akan dipertimbangkan. Pihak Pengurusan Rumah Ibadat Selain Islam akan disenaraihitamkan.

  4. Kementerian Perpaduan Negara berhak untuk menarik balik kelulusan dan meminta dikembalikan bantuan kewangan yang telah disalurkan sekiranya didapati pihak pengurusan rumah ibadat selain Islam gagal melaksanakan projek sebagaimana yang dipersetujui atau melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan

  5. Lawatan verifikasi akan dilakukan oleh pegawai di Kementerian Perpaduan Negara untuk memeriksa kelayakan dan mengesahkan butiran atau perkara-perkara yang dikemukakan pemohon adalah benar 

  6. Pemantauan terhadap projek akan dilaksanakan dan laporan pemantauan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pemantauan Program Bantuan Kewangan Bagi Pembaikan, Penyelenggaraan dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet