Tarikh Program | 06-11-2024 |
6 November 2024, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti 2024 anjuran Arkib Negara Malaysia.
Konvensyen ini bertujuan untuk mengumpulkan dan mendokumentasikan maklumat mengenai bahasa kolokial supaya ia kekal terpelihara dan boleh dirujuk oleh generasi akan datang.
YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya mencadangkan agar pemupukan dan inovasi perlu dilakukan demi kelangsungan sesebuah bahasa seperti memperbanyakkan bahasa dialek dan bahasa kolokial dimasukkan ke dalam kamus agar menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pendidikan.