Tarikh Program | 26-03-2025 |
26 Mac 2025, Kuala Lumpur - Majlis Amal Iftar Perdana Family Of Charity, Persatuan Sinaran Hidup telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bertempat di Dewan PPR Hiliran Ampang.
Menjunjung kasih Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail, Penaung Diraja Persatuan Sinaran Hidup (Family Of Charity) berangkat ke Majlis sebentar tadi.
Turut hadir, Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohamat Din, Penasihat Diraja Biro Sukarelawan Persatuan Sinaran Hidup, (Family Of Charity) dan YBhg. Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Hj. Syed Noor Osman, Pengasas Persatuan Sinaran Hidup (Family Of Charity).