| Tarikh Program | 10-10-2025 |
10 Oktober 2025, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Majlis Bersama Pemimpin Negara sempena Minggu Perkasa Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) 2025.
Dalam majlis tersebut, beliau berkongsi kenangan manis ketika bergelar pelajar di Fakulti Perhutanan UPM pada tahun 1979 sebelum menamatkan pengajian pada tahun 1983.
Beliau menyeru para pelajar untuk memanfaatkan masa di universiti sebaik mungkin bagi menimba ilmu, mengasah kepimpinan dan menjadi ejen perpaduan yang berperanan penting dalam membina masa depan Malaysia yang lebih bersatu, harmoni dan sejahtera.