Tarikh Program | 15-09-2024 |
15 September 2024, Sabah - Majlis Kick-off Program Liga Sukan UNITI Tahun 2024 telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Kota Kinabalu, Sabah. Liga Sukan UNITI yang akan berlangsung sepanjang bulan September hingga Oktober 2024 ini melibatkan tiga sukan utama iaitu bola jaring, futsal dan badminton di seluruh negara.
Liga Sukan UNITI Tahun 2024 merupakan penganjuran kali ketiga oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengeratkan pelbagaibangsa dan budaya melalui Detik-Detik Perpaduan, ‘Moments of Unity’ melalui sukan. Penganjuran pada tahun ini adalah dengan kerjasama erat bersama -sama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Persatuan Bola JaringMalaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia.