Tarikh Program | 17-09-2024 |
17 September 2024, Sabah - Dalam usaha untuk memacu dan menggerakkan agenda perpaduan negara terutama bagi generasi muda, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melantik ejen, duta dan ikon perpaduan dalam kalangan alumni misi sukarelawan siswa anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).
Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika menyempurnakan Majlis Penutup Ini Warisan Kita : Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ejen Perpaduan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.