| Tarikh Program | 26-08-2025 |
26 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Majlis Perasmian Dialog Negara Bangsa: Dilema dan Penyelesaian telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.
Pembinaan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah memerlukan pembentukan sistem sosial yang utuh berteraskan insan MADANI dan identiti nasional. Pembentukan Negara Bangsa akan ditumpukan kepada usaha mereformasi sistem pendidikan dan menerapkan semangat cintakan negara, manakala pembinaan masyarakat yang saksama dan progresif akan menekankan usaha untuk memperkukuh integrasi dan perpaduan, menyemarakkan semangat muhibah serta memupuk budaya kesukarelawanan.