| Tarikh Program | 24-08-2025 |
24 Ogos 2025, Selangor – Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rizam Bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor mewakili YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor bertempat di SJK(C) Pandamaran B, Klang.
Sambutan turut diserikan dengan Konvoi Jubli Emas 50 Tahun KRT & Kempen Kibar Jalur Gemilang, persembahan kebudayaan, ikrar Rukun Negara, penyampaian sijil penghargaan kepada mediator komuniti serta pengiktirafan khas kepada KRT sempena Jubli Emas 50 Tahun.
Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Selangor ini turut mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara.
Turut hadir YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.