SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Mesyuarat MexUnity Bilangan 2 Tahun 2026 bersama Menteri dan Exco- Exco Perpaduan Negeri

Mesyuarat MexUnity Bilangan 2 Tahun 2026 bersama Menteri dan Exco- Exco Perpaduan Negeri

Maklumat Program

Tarikh Program 03-08-2026
WhatsApp Image 2026 08 03 At 133209

3 Ogos 2026, Sabah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat MexUnity Bilangan 2 Tahun 2026 bersama Menteri dan Exco- Exco Perpaduan Negeri bagi membincangkan beberapa agenda penting berkaitan perpaduan negara.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pencapaian pelaksanaan Mediasi Komuniti sebagai pendekatan strategik dalam memperkukuh keharmonian masyarakat serta mempertingkat keberkesanan pengurusan konflik sosial di peringkat akar umbi. Sejajar dengan komitmen tersebut, Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 1,280 Mediator Komuniti menjelang tahun 2030 bagi memperluas budaya penyelesaian pertikaian secara damai, profesional dan berhemah.

Bagi memperkukuh ekosistem mediasi negara, 10 Pusat Mediasi Komuniti baharu akan diwujudkan pada tahun hadapan bagi memperluas akses masyarakat kepada perkhidmatan mediasi yang lebih inklusif dan berkesan.

Usaha ini diharapkan dapat terus diperkasakan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta semua pihak berkepentingan, selaras dengan aspirasi membina sebuah Negara Bangsa yang bersatu padu, harmoni dan sejahtera demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet