SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 09-10-2025
IMG 20251010 WA0025

9 Oktober 2025, Putrajaya - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya

Kementerian Perpaduan Negara turut menyambut inisiatif Hari Sukan Negara (HSN) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan sukan dalam masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebuah “negara bersukan” (sporting nation) seiring dengan Malaysia MADANI serta bertepatan dengan aspirasi Visi Sukan Negara 2030.

Sukan membuka ruang pertemuan, memperkukuh semangat kerjasama dan menyemai nilai-nilai murni seperti hormat, toleransi dan semangat berpasukan. Inilah resepi perpaduan yang sebenar apabila rakyat bersatu dalam matlamat yang sama, tanpa mengira perbezaan.

Kementerian Perpaduan Negara menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam #HariSukanNegara2025, demi memupuk semangat perpaduan dan memperkasakan keharmonian negara. Ayuh kita terus bergerak, bersatu dan membina Malaysia yang lebih kuat, sihat dan penuh kasih sayang.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet