Tarikh Program | 03-10-2024 |
03 Oktober 2024, Selangor - YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara hari ini telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA-UKM).
Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, YBhg. Datuk Seri KSU telah bertemu YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin, Pengarah Pengasas KITA-UKM. Pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya mengenai aspirasi dan hala tuju Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga (IPNas Ke-3) Tahun 2024.