24 Ogos 2021 - Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) diteruskan bersama masyarakat India bertempat di Ladang Kok Foh, Rompin, Negeri Sembilan. Turut hadir adalah YB Dato’ Manickam a/l Letchuman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram Padang, Tuan Raveendran Nair a/l K. Kesavan Nair, Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Encik Zulkifli bin Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).