4 September 2021 - YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah ke Bandar Puteri Bangi untuk menyerahkan sebanyak 300 ‘Kotak MITRA 2021’ untuk diagih-agihkan kepada masyakarat India B40 dalam kawasan Parlimen Hulu Langat yang turut dihadiri oleh Penyelaras Parlimen Hulu Langat, YBhg. Datuk Haji Johan bin Abd Aziz.
Bantuan Kotak MITRA 2021 ini diharap akan dapat meringankan sedikit beban keluarga masyarakat India B40 yang terjejas sumber pendapatan mereka akibat pandemik COVID-19.