5 September 2021 - YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama rombongan Kementerian Perpaduan Negara telah turun padang ke Dewan Komuniti Ladang Bukit Pelanduk dan Dewan Komuniti Ladang Tanah Merah, Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menyampaikan sebanyak 150 ‘Kotak MITRA 2021’ iaitu kotak bantuan makanan asas untuk masyarakat India B40 di Kawasan Ladang Tanah Merah Oil Mill, Ladang Tanah Merah A/1, Ladang Tanah Merah A/3 dan Ladang Bukit Pelanduk di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Penyerahan Kotak MITRA kepada pekerja ladang ini telah dilaksanakan dengan kerjasama National Union of Plantation Workers (NUPW).