9 September 2021 – YB Menteri Perpaduan telah mengadakan lawatan ke Tabika Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur buat kali kedua dalam tahun 2021 bagi meninjau status kerja-kerja naiktaraf yang telah dilakukan.
Suasana yang kondusif berupaya menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara akan sedaya upaya memastikan infra dan keadaan bangunan miliknya berada dalam keadaan selamat dan baik.
Hasil tinjauan YB Menteri mendapati segala kerja-kerja naiktaraf telah siap mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan.