SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
|
bersama hentikan wabak
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Program Menangani Masalah Penyalahan Gunaan Dadah, Substan Dan Pelencongan Sosial

6 November 2021 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor dengan kerjasama strategik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor telah menganjurkan Program Dibawah Inisiatif Bersepadu Menangani Masalah Penyalahan Gunaan Dadah, Substan Dan Pelencongan Sosial.

Program yang dilaksanakan di Dataran Blok G, Apartment Dahlia, Taman Bunga Ray, Bukit Beruntung, Daerah Hulu Selangor, Selangor bagi komuniti setempat bertujuan untuk berkongsi kepentingan kerjasama antara komuniti dan pihak berkuasa dalam mengawal dan mencegah aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tetamu jemputan Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor, Encik Redzuan Madlan menyatakan keutuhan kejiranan dapat menghindari pengedar dadah daripada menyelit masuk sesebuah komuniti.

Manakala Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor, Inspector Mohd Hafizzy Abdullah dalam perkongsiannya pula menyatakan bahawa komuniti setempat lebih mengenali kawasan tersebut dan meminta agar menyalurkan maklumat kepada pihak Polis. 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?