24 Ogos 2024, Sabah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kembara Ilmu Ini Khazanah Kita bertempat di Stesen Keretapi Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah dan Program Etie Adat Tokou di Perpustakaan Desa Kampung Rancangan Klias, Beaufort, Sabah. YB Menteri bersama delegasi telah menyertai Pameran Digital di dalam kereta api yang bermula daripa Tanjung Aru sehingga ke Stesen Keretapi Papar, Kota Kinabalu
Kedua -dua program yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam komuniti setempat serta mempromosikan program galakan membaca dengan pelbagai platform untuk masyarakat di Sabah selari dengan fokus PNM iaitu memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca yang selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca menjelang tahun 2030.
Antara pengisian program yang diadakan semasa lawatan di dalam kereta api iaitu pameran digital dan telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan tajuk “First Digital Library Exhibition Aboard A Train”.
Melalui pengiktirafan MBOR ini, ianya memperlihatkan kesungguhan Perpustakaan Negara Malaysia dalam mempelbagaikan pendekatan baharu untuk mempromosi program galakan membaca bukan sahaja di perpustakaan sendiri malah membaca di mana sahaja berada.
