20 November 2024, Kedah - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan Turun Padang di Projek Menaiktaraf Galeria Perdana Langkawi pagi ini.
Lawatan ini bertujuan meninjau status terkini projek melalui penerangan oleh pihak juru perunding projek dan Pegawai Penguasa Projek.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, pegawai daripada Jabatan Kerja Raya dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
