23 November 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Festival Anak Sarawak dan Temasya Kueh Malaysia anjuran Persatuan Kepimpinan Perintis Anak Sarawak, salah satu Friends Of Unity Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia bertempat di perkarangan Muzium Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Penganjuran Festival Anak Sarawak ini menjadi manifestasi bagaimana budaya boleh menjadi alat penyatuan. Kekayaan etnik di Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu Sarawak, Melanau, Cina, dan lain-lain telah membuktikan dan mencerminkan satu keunikan luar biasa Sarawak sebagai sebuah wilayah yang kaya dengan budaya dan etniknya di samping menjadi contoh terbaik bagi masyarakat Malaysia yang hidup harmoni dan makmur.
