SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow foto feb 2025 Arrow Program Jejak Harmoni sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (WIHW) Tahun 2025

15 Februari 2025, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menganjurkan Program Jejak Harmoni sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (WIHW) Tahun 2025. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Pelaksanaan program Jejak Harmoni ini melibatkan sesi kunjungan muhibah dengan berjalan kaki ke rumah-rumah ibadat bermula dari Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar dan berakhir di Gurdwara Sahib, Sentul.

Program Jejak Harmoni merupakan sebahagian daripada usaha di bawah Inisiatif Harmoni MADANI yang diadakan bertujuan bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam bagi mengeratkan hubungan kebersamaan dan memperkukuhkan keharmonian negara. Selain itu, melalui program ini masyarakat didorong untuk melihat dari sudut yang baik, dengan menekankan konsep asas integrasi nasional iaitu faham, hormat dan terima bagi memastikan budaya keharmonian antara masyarakat sentiasa terpelihara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet