18 Mac 2025, Sabah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Program Muhibah Ramadan 2025 bertempat di Dewan Terbuka Taman Semarak Jaya, Tawau.
Program ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian melalui konsep kebersamaan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti. Seramai 30 orang jiran wanita telah menjayakan program memasak bubur yang turut melibatkan 15 KRT DUN.
Dianggarkan sebanyak 700 pek bubur akan disediakan, terdiri daripada dua jenis pilihan bubur lambuk dan bubur kacang, bagi memeriahkan acara pada hari ini.
Ybhg. Datuk turut menyampaikan Sumbangan Bakul Rahmah RTCares dan Penyampaian hadiah pertandingan mewarna kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan.
