22 Mac 2025, Sabah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Ihya Ramadan bersama Komuniti Daerah Tawau bertempat di Masjid Hidayatul Iman Pekan Merotai.
Turut diadakan Sesi Penyampaian Bakul Rahmah RT Cares dan agihan Bubur Lambuk kepada warga yang hadir.
Beliau turut berkesempatan turun padang melawat Sekolah Kebangsaan Merotai, Tawau dalam meninjau fasiliti dan persekitaran sekolah.
