22 Mac 2025, Sabah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Memasak & Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Inspirasi Kasih Negeri Sabah bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tawau Parlimen P.191 Kalabakan dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah bertempat di Dewan Arena Belia Tawau.
Dalam program tersebut, YBhg. Datuk Haji Ruji turut meluangkan masa menyantuni pasukan beruniform yang sedang bertugas dengan menyerahkan sendiri bubur lambuk sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada masyarakat.
