SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow foto julai 2025 Arrow Program Mengenang Jasa Mendiang Tun V.T. Sambanthan (Tun Thirunyanasambanthan Veerasamy)

15 Julai 2025, Kuala Lumpur – Sebagai manifestasi penghargaan negara terhadap pemimpin yang telah memperjuangkan keutuhan masyarakat Malaysia yang majmuk, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Program Mengenang Jasa Mendiang Tun V.T. Sambanthan (Tun Thirunyanasambanthan Veerasamy), Menteri Perpaduan Negara yang pertama. Program telah disempurnakan oleh YB Menteri Perpaduan Negara di Petaling Jaya, hari ini.

Sumbangan dan jasa beliau dikenang sebagai individu yang memperjuangkan akses pendidikan, hak pekerja ladang dan pemerkasaan komuniti luar bandar dengan penuh semangat kesamarataan. Sebagai Menteri Perpaduan pertama Malaysia (1972-1974), Tun Sambanthan membuka dasar-dasar yang menjunjung perpaduan nasional.

Dalam ucapannya, YB Datuk Aaron Ago Dagang menekankan bahawa perjuangan Tun Sambanthan “bukan sahaja harus dikenang, tetapi perlu terus hidup dalam jiwa dan tindakan generasi hari ini.” Beliau menggelar Tun Sambanthan sebagai “arkitek kepada semangat interethnic cooperation” yang membuktikan formula perpaduan merupakan satu-satunya jalan membina sebuah negara bangsa yang bersatu dan merdeka.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet