14 April 2025, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Program Bicara Tun Abdul Razak yang berlangsung di Kelab Taman Diraja Perdana, Kuala Lumpur pada 14 April 2025.
Program anjuran Yayasan Tun Razak dan Arkib Negara Malaysia ini bertujuan memperingati jasa besar Allahyarham Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan Negara – dalam membina asas perpaduan, pendidikan, serta pembangunan luar bandar yang menjadi tunjang kepada kemajuan Malaysia hari ini.
Melalui sesi perkongsian oleh tokoh negarawan Tan Sri Shahrir Abdul Samad, peserta diberikan peluang untuk menyelami nilai-nilai kepimpinan, ketegasan dan keprihatinan Tun Abdul Razak yang wajar diteladani oleh generasi hari ini.
Semoga legasi beliau terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh perpaduan nasional dan membina Malaysia MADANI yang lebih sejahtera.
