18 April 2025, Pahang - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah turun padang ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang serta Tabika Perpaduan Taman Impianku 2, Kuantan.
Sesi ini bertujuan meninjau pelaksanaan program perpaduan di peringkat negeri dan komuniti serta mendengar sendiri pandangan daripada warga kerja JPNIN dan masyarakat setempat. Semasa lawatan, YBhg. Datuk KSU turut menyantuni warga Tabika Perpaduan dan menzahirkan komitmen Kementerian untuk terus memperkukuh keharmonian antara kaum melalui pendekatan akar umbi.
Dalam rangka sesi tersebut, YBhg. Datuk KSU turut meluangkan masa melawat Rukun Tetangga (RT) Progresif Taman Impianku, Kuantan bagi meninjau sendiri inisiatif kebuniti dan perpaduan yang dilaksanakan di peringkat komuniti. Beliau juga menyempurnakan penyampaian Bakul Rahmah kepada golongan asnaf, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan Kementerian kepada masyarakat yang memerlukan.
Selain itu, YBhg. Datuk KSU turut melakukan lawatan mengejut ke Muzium Sungai Lembing yang kaya dengan nilai sejarah dan warisan tempatan.
