19 April 2025, Kedah - Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan kutipan data di lapangan bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga (IPNas Ke-3) bermula 28 April 2025 di seluruh negara.
Perkara ini diumumkan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara sempena majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 peringkat Negeri Kedah di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah.
Negeri Kedah merupakan negeri kedua lokasi Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) diadakan selepas majlis kick-off diadakan di Negeri Melaka pada 4 hingga 5 April yang lalu. Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi perasmian SMP peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 16 hingga 20 Julai 2025 nanti.
