26 April 2025, Sabah - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Penyerahan Kantin SK Merotai dan turut menyempurnakan Majlis Penutup Misi Sukarelawan Siswa Sabah 2025 di SK Merotai.
Kehadiran beliau mencerminkan komitmen Kementerian dalam memperkukuh semangat perpaduan melalui penglibatan aktif komuniti dan golongan muda dalam misi kesukarelawanan yang memberi impak langsung kepada masyarakat setempat.
