20 November 2024, Kedah - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad hari ini turut berpeluang merasmikan Program Kembara Rukun Tetangga Progresif Dan Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela Daerah Langkawi 2024 di Bilik Gerakan KRT Kg. Telok/Kg.Baru.
KRT Kg. Telok/Kg. Baru baharu sahaja terpilih sebagai salah satu RT Progresif pada tahun ini. Pelbagai usaha sedang digerakkan oleh komuniti ini khususnya melalui projek ekonomi tanaman kelapa pandan.
YBhg. Datuk Seri juga berpeluang untuk menyertai Program Ziarah Kasih Perpaduan untuk menyantuni mantan-mantan ahli jawatankuasa KRT dan SRS yang sedang sakit dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Perasmian program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.