19 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 edisi ke-15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia
Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, barisan Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri serta tetamu kehormat lain.