7 Ogos 2025, Putrajaya – YB Datuk Aaron Ago Dagang telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025 di Lobi Utama Kementerian Perpaduan Negara.
Majlis ini merupakan simbolik kepada permulaan sambutan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian dan menyeru warga Kementerian Perpaduan Negara serta seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati semangat patriotisme dan cinta akan tanah air.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.
