25 Mac 2025, Sarawak – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Penyampaian Bakul Rahmah kepada 100 penerima daripada 10 KRT dan Majlis Berbuka Puasa KRT Kawasan Petra Jaya bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Jaya, Kuching.
Kombinasi antara Bakul Rahmah dan buka puasa mencerminkan semangat perpaduan dan saling membantu, di mana makanan yang disediakan dalam Bakul Rahmah menjadi sebahagian dari berbuka puasa bagi mereka yang memerlukan.
