14 Februari 2026, Kuala Lumpur - YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Malam Apresiasi Yayasan Sukarelawan Siswa 2025 bersempena Volunteer Leadership Development Programme (VLDP) 2025.
Majlis yang menghimpunkan seramai 117 peserta dalam kalangan Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ini menjadi simbol penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para sukarelawan dalam memperkukuh semangat perpaduan serta khidmat bakti kepada masyarakat.
Dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan sambutan International Volunteer Year 2026 (IVY 2026) peringkat Yayasan Sukarelawan Siswa, sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkasa gerakan kesukarelawanan mahasiswa selaras dengan agenda nasional dan global.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa VLDP dirangka sebagai langkah proaktif dalam mempersiapkan alumni YSS menghadapi IVY 2026 yang bertemakan “Every Contribution Matters”. Inisiatif global oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini mengiktiraf dan memperkukuh peranan sukarelawan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
