SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2026 Arrow Galeri Foto Arrow foto april 2026
WhatsApp Image 2026 04 28 At 113420

28 April 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi mengadakan perbincangan berhubung usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan YADIM.

Pertemuan ini memberi penekanan kepada kepentingan memelihara keharmonian antara penganut agama melalui pendekatan dialog yang berterusan, berhemah dan inklusif. Inisiatif memperkasa dialog antara agama akan terus diperkukuh sebagai asas dalam membina persefahaman, menyemai rasa saling hormat serta memperteguh perpaduan negara.

WhatsApp Image 2026 04 25 At 154107

25 April 2026, Perak - YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Ilmu Gastronomi Melayu: Puri Kencana terbitan Perpustakaan Negara Malaysia.

Penerbitan buku Ilmu Gastronomi Melayu: Puri Kencana ini bukan sekadar membicarakan mengenai makanan, tetapi turut menelusuri akar umbi sejarah dan falsafah di sebalik setiap hidangan tradisional. Penerbitan ini dijangka menjadi rujukan utama dalam usaha mempromosikan masakan warisan negara ke persada antarabangsa.

Dalam majlis yang sama, YB Tuan Yuneswaran Ramaraj turut menyempurnakan pelepasan Pitstop Konvoi Kembara Membina Negara Bangsa dan penyampaian sijil rakan strategik sebagai simbolik usaha memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Majlis turut diserikan dengan demonstrasi masakan oleh Chef Dr. Liza Zainol yang turut disertai oleh YB Tuan, memperlihatkan keakraban serta sokongan terhadap warisan gastronomi tempatan.

WhatsApp Image 2026 04 23 At 142027 2

23 April 2026, Perak - Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Utara Tahun 2026 yang berlangsung bermula hari ini sehingga 26 April menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia, selaras dengan aspirasi membina sebuah negara bangsa yang bersatu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Stadium Indera Mulia.

Kementerian Perpaduan Negara bersama -sama PNM akan terus melipatgandakan pelaksanaan program galakan membaca di seluruh negara selari dengan matlamat Kerajaan iaitu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030.

Pelbagai pengisian program telah dirangka secara inklusif sepanjang sambutan ini, merangkumi aktiviti berteraskan ilmu, budaya, sukan dan hiburan seperti Bacaan Santai Kopi@Baca, Kembara Belia Cinta Ilmu, Pertandingan Pidato Negara Bangsa, Pesta Buku Perak, persembahan silang budaya serta aktiviti rekreasi yang menyatukan masyarakat.

WhatsApp Image 2026 04 25 At 154325

25 April 2026, Perak - Majlis Flag Off Larian Perpaduan dan Kayuhan Perpaduan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara.

Seramai 500 peserta telah hadir memeriahkan program ini yang menjadi antara pengisian utama Sambutan Minggu Perpaduan Zon Utara 2026. Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkasakan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

IMG 7879

23 April 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara Bil. 1 Tahun 2026.

Objektif majlis ini adalah untuk memperkasakan identiti nasional berasaskan fakta sejarah yang sahih benar serta menjadi badan berautoriti kepada kerajaan dalam sebarang pertikaian berkaitan sejarah negara.

Majlis turut membincangkan strategi inklusif dalam pengunaan ketepatan fakta dalam wacana awam dan sistem pendidikan agar tidak berlaku kekeliruan atau penyelewengan naratif sejarah secara khususnya.

Turut diadakan, perbincangan cadangan untuk mengubal Garis Panduan Pelaporan dan Kenyataan Awam Berkaitan Sejarah bagi memastikan penyaluran data sejarah dilakukan secara betul, beretika serta berlandaskan kebenaran fakta.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet