SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow Oktober 2021
250208639 246705144160787 8914969188486759481 N

31 Oktober 2021 – Jabatan Perpaduan dan Intergrasi (JPNIN) Daerah Jelebu, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Ziarah Perpaduan RT Cares yang dihadiri oleh Puan Salasiah Hashim, Pengarah JPNIN Negeri Sembilan dan Skuad Uniti Daerah Jelebu.

Menariknya, program ini dianjurkan bersama-sama dengan empat Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang cukup aktif di daerah berkenaan. Syabas atas kerjasama baik dan padu daripada KRT Simpang Durian, KRT Kuala Klawang, KRT Taman Irama dan KRT Taman Nagamas.

Menyantuni insan memerlukan adalah antara aktiviti penting dalam usaha menyebarkan mesej tentang perpaduan. Itulah antara pesanan penting yang diterapkan oleh Menteri Perpaduan, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique kepada seluruh jentera perpaduan Keluarga Malaysia.

249008314 246743577490277 2658181700542969338 N

30 Oktober 2021 – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pekan Baru, Daerah Hilir Perak telah mengadakan program Ziarah Perpaduan yang turut dihadiri oleh YB Dato' Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong.

Program ini diadakan bertujuan untuk meringakan beban penduduk setempat yang terdiri dari kalangan mereka yang lumpuh, kurang upaya dan yang mempunyai masalah keluarga.

Semoga program Ziarah Perpaduan ini dapat membantu dan memberi sedikit keringanan bebanan kepada penerima.

Tahniah KRT Pekan Baru dan warga JPNIN Perak. Anda semua memang padu! 

TAKLIMAT 2

29 Oktober 2021 – Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, YBrs. Encik Mohamad Sobri Mat Daud telah turun padang bagi program Taklimat Dasar Perpaduan Negara kepada Pemimpin-pemimpin Masyarakat dan Ketua Agama Peringkat Negeri Kelantan.

Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memberikan kefahaman lebih mendalam mengenai DPN yang telah dihasilkan oleh Kementerian Pepaduan Negara.

Dasar Perpaduan Negara adalah dasar bersama dan semua pihak memainkan peranan sebagai ejen Perpaduan dalam membawa aspirasi ini yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

248471252 247121427452492 2408772207459460083 N

30 Oktober 2021 - Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Aman di Pasir Puteh, Kelantan telah bersama-sama saudara Fizo Omar, pelakon popular dalam menyampaikan sumbangan RT Cares kepada penduduk setempat yang memerlukan bantuan.

Turut hadir ialah Tuan Sobri Daud, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Perpaduan Negara yang menyampaikan salam perpaduan daripada Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique kepada penduduk setempat.

Menurut Tuan Sobri Daud, usaha Kementerian Perpaduan Negara perlu didokong dan disokong oleh semua pihak. Nilai persamaan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia, tanpa melihat perbezaan antara kaum harus dipupuk oleh masyarakat.

Depan

29 Oktober 2021 - Bersempena sambutan perayaan Diwali yang akan datang, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak telah mengadakan Program Perpaduan Keluarga Sempena Perayaan Diwali Tahun 2021 bahagian Kuching.

Program menarik ini telah diadakan di Dewan International Society For Khrisna, Jalan Ketitir, Batu Kawa mendapat sambutan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, YB Dato' Sri Hajah Fatimah Abdullah dan turtu dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden Hollis (Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak), YB Datuk Hajah Rosey Yunus (Menteri Muda, Wanita, Keluarga & Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak) dan Pengarah JPNIN Sarawak, Dirwana Haji Azool.

Aktiviti ini turut diceriakan dengan kehadiran JKTPN, Pegawai Residen Kuching, Ketua- Ketua Kaum di bahagian Kuching serta jentera perpaduan terdekat dari seluruh bandaraya Kuching.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet