12 November 2021 – Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Sibu Sarawak telah menganjurkan Program Ziarah Perpaduan yang dirasmikan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, YBhg. Encik Dirwana Haji Azool.
Program tersebut telah dilaksanakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sibujaya Zon 3, Sibu dan kumpulan sasaran penerima adalah penduduk yang terjejas kesihatan dan anak yatim hidup dalam kekurangan dan golongan kurang kemampuan.
Dalam program ini, Encik Dirwana telah menyampaikan Bakul Perpaduan kepada 30 orang penerima.
Program ini diharap dapat menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan komuniti melalui nilai-nilai murni seperti prihatin, kerjasama, tolong-menolong, murah hati, kasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain supaya dapat meringankan sedikit beban pihak-pihak yang memerlukan.