3 Mei 2025, Sabah - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Program Eksplorasi Perpaduan 2025 bertempat di Muhibah Square.
Program Eksplorasi Perpaduan 2025 merupakan program satelit pertama di Tawau yang sedang berlangsung dengan meriahnya. Program ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 800 orang daripada komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuklah slot istimewa ‘Chef Satelit MADANI bersama ADABI’ — pertandingan memasak khusus untuk kumpulan sasar wanita hasil kerjasama dan sumbangan daripada pihak ADABI.
