- Butiran
- 2639
12 Disemebr 2021 - Dalam meneruskan kehidupan ketika pandemik ini, ramai yang terjejas berikutan kenaikan harga barang terutama golongan yang kurang berkemampuan. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dalam membantu pihak yang memerlukan untuk mengurangkan beban yang ditanggung.
Program Jom Isi Petrol Percuma bersama Skuad Uniti RT Cares bertempat di Stesen Shell Seri Astana telah dilaksanakan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Muda bersama KRT Bandar Puteri Jaya 4 dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Sidam. Seramai 183 penerima telah menerima sumbangan petrol percuma ini. Penerimaterdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah yang terkesan dengan situasi sekarang.
Dalam program ini, turut diadakan penyerahan pamplet dari Jabatan Penerangan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Program ini telah dirasmikan oleh Encik Firdaus Mohd Yusoff yang mewakili YB Exco Perpaduan. Turut hadir Pengarah JPNIN Kedah, Encik Rohai Zahar Nedi. Semoga program ini memberi sedikit rmanfaat kepada semua penerima. Terima kasih kepada semua yang terlibat.