- Butiran
- 959
26 Januari 2023, Labuan - YB Menteri telah meluangkan masa bersama kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Kg. Sg Miri dan Tabika Perpaduan Taman Perumahan Layang-Layangan.
26 Januari 2023, Labuan - YB Menteri telah meluangkan masa bersama kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Kg. Sg Miri dan Tabika Perpaduan Taman Perumahan Layang-Layangan.
30 Januari 2023, Rawang - Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di bawah Program Pemerkasaan Projek Ekonomi Komuniti KRT di KRT Ivory 1, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Projek kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dengan BioLestari ini akan dilaksanakan secara rintis melibatkan 94 KRT di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
26 Januari 2023, Labuan - Sesi lawatan kerja YB Datuk Aaron Ago Dagang ke W.P. Labuan dimulakan dengan menghadiri Program Sembang Perpaduan bersama warga Kementerian dan agensi wilayah ini bertempat di Perbadanan Labuan. Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Kamarul Baharin A.Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan YBrs. Puan Salasiah Abdul Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
YB Menteri turut berkongsi berkaitan Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Labuan telah direkodkan sebagai negeri paling bahagia dengan skor 9.29. Dalam hal ini, Labuan boleh dijadikan model kepada kawasan-kawasan lain dalam mengurus kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan dalam komuniti.
26 Januari 2023, Labuan - YB Menteri juga telah menyampaikan bantuan pek RT Cares Bakul Rahmah kepada golongan B40 yang berasal dari Kampung Patau-Patau 2.
Program yang berorientasikan tanggungjawab sosial khususnya oleh jentera perpaduan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ini berupaya meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti setempat.
20 Januari 2023,Perak - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim telah menyerahkan plak Citarasa Menu KAMI kepada Restoran Haji Sharin Low Grand, Ipoh Perak di atas penghargaan kerana menepati kriteria-kriteria sebagai premis makanan yang menghimpunkan masyarakat berbilang kaum.
Selari dengan hasrat membangun Malaysia MADANI, inisiatif ini dilihat menepati tonggak dasar “Hormat”. Di premis seperti ini membolehkan rakyat saling mengenali dan menjurus kepada budaya saling menghormati.