SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
363367828 684521667045797 1694018031495241759 N 1

31 Julai 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan di Perkarangan Borneo Culture Museum, Sarawak. “MUZIUM, KELESTARIAN DAN KESEJAHTERAAN” adalah tema yang dipilih oleh Majlis Muzium Antarabangsa atau International Council of Museums (ICOM) sebagai tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada tahun 2023. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Hari Muzium Antarabangsa akan berlangsung bermula pada 31 Julai sehingga 5 Ogos 2023. Turut hadir pada Majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN.

362275502 684342373730393 7861174350683750420 N

30 Julai 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diadakan di Kuching, Sarawak. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kesemua 71 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Peringkat Zon Borneo yang diraikan. Penerima-penerima yang diraikan merupakan warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Semoga pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada semua warga perpaduan untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan, berkualiti dan berintegriti.
360094132 675699734594657 4627915702035684031 N

18 Julai 2023, Putrajaya -Kunjungan Hormat YB Senator Aknan Ehtook, Ahli Dewan Negara kepada YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah berlangsung pagi tadi.

Kunjungan ini adalah untuk membincangkan kerjasama antara Persatuan Siam Malaysia dan KPN untuk melaksanakan program pembelajaran bahasa ibunda dan budaya komuniti bagi masyarakat siam.
360092352 677022961129001 7304798954712927985 N 1

20 Julai 2023, Putrajaya -Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) buat julung kalinya yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Pengerusi MPPN bagi sesi keahlian baharu dari 2023 hingga 2025.

MPPN ditubuhkan sebagai usaha bagi menasihati Kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan, usaha usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari pelbagai sudut serta mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada Kerajaan untuk memastikan perpaduan negara terus dipelihara.

Mesyuarat pada kali ini turut memfokuskan kepada pelaporan mengenai pelaksanaan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian di bawah flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga (3) kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Program Komuniti Rahmah.

Menjadi tanggungjawab bersama ahli-ahli MPPN bagi memikirkan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan sejajar dengan kerangka perpaduan baharu yang telah dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

No 1

16 Julai 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 dengan tema ‘Working Towards a Respectful and Cohesive Society’.

Konferens ini merupakan usaha berterusan yang bermatlamat membincangkan isu dan penyelesaian terhadap keamanan dan keharmonian antara para penganut agama bagi mewujudkan suasana masyarakat yang lebih hormat-menghormati dan bersatu-padu di dunia.
Ianya sejajar dengan dasar perpaduan Malaysia yang berusaha untuk memupuk, mengukuhkan, dan memelihara perpaduan melalui strategi-strategi khusus agar ianya dilestarikan serta tidak hilang dalam budaya dan kehidupan seharian masyarakat.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet