SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
391719844 734948945336402 6288124797417206668 N

17 Oktober 2023,Kuala Lumpur-YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Program Sanggar Puisi 2023: Rima Mengikat Sukma pada hari ini.Program ini bertujuan untuk menyemarakkan dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya, melalui pemilihan genre puisi yang dilihat merupakan salah satu wadah pembentukan identiti, budaya dan jati diri rakyat Malaysia.Program sebegini dilihat berupaya meningkatkan lagi kesepaduan dan penyatuan masyarakat pada masa akan datang dan juga sebagai usaha mempromosi tradisi keilmuan yang turut menyumbang kepada warisan perpaduan dan kemakmuran negara.

391726604 734306852067278 2537385730995624907 N

16 Oktober 2023,Kuala Lumpur-YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak Serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang kedua bagi tahun 2023 pada hari ini. MExUnity dianggotai oleh barisan EXCO Perpaduan Negeri dan EXCO Hal Ehwal Agama Selain Islam.MExUnity merupakan satu platform perbincangan antara YB Menteri Perpaduan dan barisan EXCO Kerajaan Negeri mengenai usaha-usaha pengukuhan perpaduan termasuk aspek perancangan dan pelaksanaan program-program perpaduan di peringkat negeri.Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah cadangan pemerkasaan Rukun Tetangga sebagai Penggerak Masyarakat Progresif dan Pengurusan Isu-Isu Perpaduan.

391662975 732754878889142 3547457061893991312 N

14 Oktober 2023,Kuala Lumpur-Telah berlangsung Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang dilaksanakan selari dengan Unity Fun Run Pestabola Merdeka.YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPN telah menyempurnakan acara Flag off dengan penyertaan peserta kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.Warga Kementerian turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyahut seruan untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam program yang diadakan.

391680612 733591652138798 9187830862963630434 N

15 Oktober 2023,Kuala Lumpur-Karnival UNITI Pestabola Merdeka 2023 yang diadakan sejak 13 Oktober lalu bukan sahaja bertujuan menyatupadukan masyarakat tetapi juga sebagai usaha untuk terus memperingati sejarah bola sepak Malaysia dengan cara yang bermakna, iaitu dengan mengadakan Ziarah Kasih.Ziarah Kasih merupakan salah satu aspek utama bagi menghargai legenda-legenda bola sepak negara, mengenang jasa-jasa mereka, dan mengetahui lebih lanjut mengenai sumbangan mereka.Sebentar tadi, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPN bersama-sama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia berpeluang untuk menyantuni dan menziarahi serta memberikan sumbangan kepada lagenda bola sepak negara iaitu Tuan Khalid Ali. Kunjungan mereka disambut oleh Atlet itu sendiri dan sempat bertukar cerita mengenai sejarah beliau serta pentingnya perpaduan yang dipupuk melalui sukan ini.Ziarah Kasih Tahun 2023 ini menyasarkan 3 buah individu lagenda negara iaitu Tuan Khalid Ali, Tuan P.Darmalinggan dan Tuan Puspanathan.

391681924 732917062206257 6882655045907497348 N

14 Oktober 2023,Kuala Lumpur-YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah hadir ke Majlis Perasmian Program Teater Bahasa Melayu SJK (C) Peringkat Kebangsaan di Balai Budaya, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet