LABUAN, 26 April 2024 – SMP 2024 PeringkatWilayah Persekutuan Labuan telah dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)bersempena dengan pelancaran Labuan International Sea Challenge (LISC 2024).
Sambutan Minggu Perpaduan dilaksanakan bertujuan mengukuhkan semangat patriotisme, nilai perpaduan, dan hubungan antara kaum sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.
Bersempena dengan SMP 2024, Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Siri Jelajah Kembara Perpaduan yangakan menjelajah ke enam (6) lokasi. Labuan merupakan lokasi ketiga (ke-3) bagi siri jelajah ini selepas Negeri Sabah dan Negeri Sarawak, sekali gus merayakan SMP Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.