SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow SOP & Infografik Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Program Sesi Libat Urus KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang

30 November 2021 - Selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dengan Kerjasama Universiti Sains Malaysia telah membangunkan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 dalam memperkukuhkan ikatan Keluarga Malaysia.

Antara objektifnya adalah untuk memahani cabaran dan isu Integrasi nasional merentasi negeri, wilayah dan etnik dalam usaha merakyatkan perpaduan.

Selaras dengan itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Sesi Libat Urus KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Hotel Ixora, Bandar Perai Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Program melibatkan peserta dari Agensi Kerajaan Persekutuan serta Negeri, Agensi Keselamatan, Pemimpin Masyarakat, Pemimpin Rumah Ibadat Bukan Islam, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Negeri Pulau Pinang.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Afif bin Bahardin, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merangkap Penasihat Khas Menteri Kanan Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI).

Input dan idea daripada maklum balas ini akan diaplikasi dalam menjayakan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet