SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
|
bersama hentikan wabak
icon warga
icon awam
Laman Utama Tadbir Urus Perpaduan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN)

Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN)

Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan bagi menasihati Kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada Kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan.

Pelantikan ahli-ahli MPPN dibuat oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh selama dua (2) tahun dan majlis akan bersidang setiap dua (2) bulan sekali. MPPN dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kluster Sosial manakala sekretariat bagi majlis ini adalah Kementerian Perpaduan Negara.

Keahlian MPPN terdiri dari tokoh-tokoh masyarakat yang merangkumi pelbagai sektor termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan.

Terma Rujukan MPPN adalah :

  1. Menjadi forum untuk membincangkan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama tokoh-tokoh masyarakat;
  2. Menjana pemikiran dan idea ke arah menggubal Dasar Perpaduan Negara yang komprehensif dan holistik selaras dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk;
  3. Mengemukakan syor-syor dan langkah-langkah yang wajar diambil oleh Kerajaan untuk memupuk keharmonian dan perpaduan negara yang lebih mantap;
  4. Melaksanakan strategi komunikasi berkesan untuk menghentikan sebarang penularan isu perkauman dan pergeseran salah faham agama demi kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat;
  5. Meluluskan cadangan dan nasihat tentang bidang-bidang kajian yang diperlukan ke arah mengukuh dan meningkatkan perpaduan negara dan integrasi nasional; dan
  6. Meneliti keperluan menggubal atau membuat pindaan terhadap mana-mana dasar dan perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta peraturan-peraturan ke arah menghormati dan menghargai kepelbagaian, keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara.

MPPN1

MPPN2

Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2020

Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2020 pada 18 Ogos 2020 bertempat di Parlimen, Kuala Lumpur....
Lihat Selanjutnya

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?