SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
312449003 484162890415010 7095463041153951139 N

21 Oktober 2022, Melaka - Koir Perpaduan Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Hang Tuah, Ayer Keroh D'Village Melaka. Pertandingan Koir yang diadakan ini mempamerkan pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kemajmukan yang ada ini adalah untuk mempersembahkan gabungan yang unik dan mantap dalam menyampaikan persembahan yang bersifat UNITI. Peserta kali ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang menyertai. Semuanya bersemangat dalam menyampaikan persembahan yang menarik.

Turut hadir, ADUN Negeri Melaka, YB Tuan Ngwe Hee Sem yang telah menyempurnakan perasmian dan penyampaian hadiah. Sekalung penghargaan juga kepada para juri, penyokong yang hadir secara virtual dan fizikal. Tahniah & Syabas kepada semua pemenang dan semua pasukan yang bertanding.

 

311780355 479461130885186 3121201441986010695 N

14 Oktober 2022, Perlis - Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia menamatkan jelajah di negeri Utara dalam kejohanan di Negeri Perlis. Sebanyak 17 pasukan futsal dan 19 pasukan bola jaring telah beraksi di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra dan Bola Jaring Dewan Terbuka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara ini bukan sahaja ingin mempersembahkan semangat muhibbah dalam pasukan malah untuk menunjukkan kebersamaan dan semangat berjuang walaupun berbeza identiti.
Turut hadir pada hari akhir kejohanan perlawanan YAB Dato' Seri Azlan Man MB Perlis, YB Exco Pn Siti Berenee , YB En.Seruandi, Pengarah JBS Perlis,Pengarah APM Perlis, PDRM, Persatuan Bola Sepak/Bola Jaring ,KRT, Skuad UNITI , Pegawai yang terlibat dan semua pihak yg secara langsung memberikan kerjasama padu dan menjayakan Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perlis.

 

311736889 478622854302347 767963774325055112 N

8 Oktober 2022, Kedah - Seramai 25 pasukan futsal dan 15 pasukan bola jaring telah menyertai Program Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kedah. Majlis penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan Negeri Kedah, YBhg. Dr Robert Ling Kui ee.

Liga Sukan UNITI yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara hasil kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan ini meletakkan syarat utama iaitu penghasilkan sebuah pasukan perlu disertai oleh peserta berbilang kaum.
 
Sukan UNITI yang diadakan ini bukan sahaja untuk menyerlahkan bakat pemain malah dalam pada masa yang sama bagi mempamerkan kekuatan dan semangat pelbagai kaum dalam sebuah kumpulan demi mencapai kemenangan dalam acara yang dipertandingkan.

 

311570963 477013471129952 9216126315405649620 N 1

11 Oktober 2022, Melaka - Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia kini telah mendarat di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Negeri yang harmoni dan sering melambangkan adegan perpaduan ini jua tidak melepaskan peluang menghantar pasukan berbilang kaum untuk berentap merebut tempat bagi acara futsal dan bola jaring. Terdapat 28 pasukan futsal dan 15 pasukan bola jaring yang sama-sama bersaing di Kompleks Belia dan Sukan negeri Kelantan. Yang menariknya lagi di sini, kita dapat saksikan kemesraan dan jalinan perpaduan yang utuh antara peserta dan juga penyokong yang hadir.

 

311406473 474368184727814 2815627163862331409 N

8 Oktober 2022, Perak-   Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang telah diadakan sejak 29 September lalu ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat muhibbah dan perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia. Acara yang berlangsung di Aeon Midtown Falim, Perak ini cukup meriah dengan pelbagai aktiviti silang budaya yang diadakan kepada pengunjung yang hadir. Melalui Galeri UNITI ini, Kementerian Perpaduan Negara membawa momen-momen UNITI untuk dipersembah dan dipertontonkan kepada Keluarga Malaysia yang hadir di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

 

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In