25 Jun 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah berkesempatan hadir ke Program Solidariti dan sekaligus menyempurnakan Pelancaran KRT baharu di Daerah Belaga, Sarawak.
25 Jun 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah berkesempatan hadir ke Program Solidariti dan sekaligus menyempurnakan Pelancaran KRT baharu di Daerah Belaga, Sarawak.
24 Jun 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Gerak Rahmah 2023 ‘Jom Bersih dan Indah’ di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Uma Belor, Sungai Asap, Belaga, Sarawak yang melibatkan dua belas (12) KRT dengan penyertaan seramai 500 orang masyarakat setempat. Program ini juga telah berlangsung serentak di seluruh negara melibatkan 4,200 lokasi KRT.
17 Jun 2023, Melaka -Ini Warisan Kita telah dimulakan dengan Program Warisan Masyarakat Siam Kelantan pada 17 Jun 2023 dan diteruskan lagi pada hari ini ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menjejaki etnik Chetti dan Portugis. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memelihara dan memulihara kepelbagaian warisan negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan sekaligus meningkatkan semangat jati diri dan rasa cinta kepada tanah air.
Di sebelah petang, YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah berpeluang untuk turun ke lokasi program sekaligus mendengar taklimat ringkas berkenaan sejarah , tradisi dan warisan masyarakat Portugis di Melaka.
19 Jun 2023, Melaka -YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim telah hadir ke Majlis Perasmian Seminar ‘Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos?’ yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di Pertua Negeri Melaka.
16 Jun 2023 – Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah menghadiri salah satu pengisian Program Kepimpinan Tun Razak iaitu 'In Conversation with Minister of National Unity' bersama pelajar-pelajar lepasan SPM 2022 di bawah Program Kepimpinan Tun Razak, anjuran Yayasan Tun Razak.