SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
383203039 721400293357934 2439661374586920483 N

26 September 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023 yang bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.Program ini adalah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui pertukaran idea dalam perdebatan yang sihat berdasarkan Prinsip Rukun Negara.Program yang bertemakan 'Warisan Melestarikan Perpaduan' ini melibatkan 151 pembahas dengan 38 pasukan. Penganjurannnya adalah bagi mengasah dan membentuk pemikiran mahasiswa secara holistik dari aspek pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia di samping membudayakan ilmu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Perpaduan melalui wahana perdebatan.Pusingan Akhir telah menyaksikan Perdebatan oleh dua pasukan hebat yang diwakili oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dinobatkan sebagai Juara Debat Perpaduan, Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023.
Syabas kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, yang juga dinobatkan gelaran Naib Juara Debat Perpaduan, Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023. Ucapan Tahniah dan penghargaan kepada 38 pasukan yang telah bersaing sejak 24 September hingga 26 September yang dilaksanakan menerusi dalam talian.
Semoga Pertandingan Debat Perpaduan yang menyatukan kita semua ini dapat mencapai matlamat untuk membina tapak integrasi di varsiti serta mengukuhkan penyatupaduan mahasiswa dan masyarakat berbilang bangsa seiring dengan konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’
381004929 719714163526547 7813833298868319400 N

24 September 2023, Kanowit -Pesta Kanowit adalah satu acara yang menggabungkan budaya, tradisi, dan masyarakat dengan penuh kebanggaan.YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2023.Pesta ini merupakan satu acara yang sangat dinanti-nantikan dengan pelbagai persembahan kesenian, makanan yang lazat, acara sukan dan sebagai platform mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Pesta Kanowit yang diadakan sejak 2003 ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara sebagai pengisian utama dalam program flagship Kementerian Perpaduan Negara iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

383210132 720739920090638 7197772950450664241 N

25 September 2023, Putrajaya -Majlis Perpisahan ringkas diadakan bagi mengenang jasa dan sumbang bakti YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kementerian mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada YBhg. Dato' dan Tahniah di atas pelantikan baharu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

381009561 719430073554956 5418394108897387151 N

23 September 2023, Kuala Lumpur -Penubuhan Yayasan Tunku Abdul Rahman merupakan satu tanda penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Y.T.M.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan objektif penubuhan untuk membangunkan generasi muda Malaysia bagi membentuk masa depan yang lebih baik melalui akses dan pemerkasaan pendidikan tinggi.Selama 57 tahun, Yayasan ini telah membantu lebih 9,000 belia dan kini mereka memberi fokus untuk memperkasakan golongan muda, terutamanya daripada latar belakang yang kurang berkemampuan melalui program-program yang dilaksanakan seperti 'Closing The Gap', 'Future Ready' dan banyak lagi.Dalam Sambutan 57 Tahun Yayasan Tunku Abdul Rahman, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman telah menyampaikan amanat melalui rakaman video kepada semua yang telah hadir ke Sambutan tersebut.Dalam majlis yang sama, Yayasan Tunku Abdul Rahman telah menjalankan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan penerimaan tajaan dan biasiswa daripada lapan organisasi yang terlibat.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In