| Event Date | 09-07-2025 |
9 Julai 2025, Sarawak – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah menyempurnakan Borneo Dayak Cultural Festival 2025 di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu, Sarawak. Bertemakan Rhythm of Borneo, festival ini unik dan istimewa dengan persembahan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.
Program yang masuk edisi ke-21 ini menampilkan maskot istimewa iaitu “Engkuli” atau nama saintifiknya Noefelis Diardi – Clouded Leopard atauHarimau Dahan. Maskot ini membawa simbolik kepada identiti biodiversiti Borneo serta kesedaran pemuliharaan haiwan hampir pupus.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata, “Kepelbagaian budaya, bahasa dan adat resam di Sarawak bukan sekadar warisan turun-temurun ia adalah permata sosial yang tidak ternilai, khazanah hidup yang terus menyinar dalam arus modenisasi.