SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) kali ke-14

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) kali ke-14

Event Information

Event Date 23-06-2026
ZPN03565JPG

23 Jun 2026, Putrajaya - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) kali ke-14 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Dalam amanat beliau, YB Menteri Perpaduan Negara menegaskan bahawa kesukarelawanan bukan sekadar aktiviti kebajikan, sebaliknya merupakan satu instrumen strategik dalam membina negara melalui pengukuhan perpaduan, menyemai nilai patriotisme, pemupukan empati serta melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang berjiwa rakyat.

Bersempena AGM kali ini, YB Menteri Perpaduan Negara turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.8 juta kepada YSS bagi pelaksanaan aktiviti dan operasi sepanjang tahun 2026. Peruntukan ini akan memperkukuh lagi peranan YSS dalam memperkasakan gerakan kesukarelawanan belia sebagai pemangkin pembinaan negara.

YB Menteri Perpaduan Negara menaruh keyakinan tinggi terhadap barisan kepimpinan baharu ini dalam meneruskan kecemerlangan YSS serta memastikan kesinambungan agenda kesukarelawanan yang memberi impak kepada masyarakat dan negara.Turut hadir,  ahli YSS iaitu YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In