Event Date | 23-03-2025 |
23 Mac 2025, Kedah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Daerah Kulim/Bandar Baharu.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Ramadan, malah mengukuhkan nilai perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk setempat.
YBhg. Datuk turut bersama komuniti setempat dalam aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, sekaligus menyantuni rakyat dalam suasana penuh muhibah dan harmoni.